Tuesday, August 25, 2009

MyPerdanaClub (Santai Di Cameron Highland) Part 2

Okek, penyambungan dilakukan daripada part1.


Pukul2 petang, MyPC semak masuk (check-in) kat apartment ah chong (aku main bedal je nama ni) di Authorium Park. Manusia-manusia diberi masa setengah jam nak pindah barang masuk ke apartment. Memang malang betul aku bila dapat tingkat yang paling atas sekali (tingkat 7 dan tiada lif. terima kasih satu!).

Photobucket
Jalan ni dah layak buat highway dah pun. Apa punya JKR.


Next aktiviti, konvoi bergerak ke ladang teh BOH Sungai Palas. Jalan punya la sempit, ngam-ngam je untuk sebijik kereta dengan seekor kambing kat tepi. Silap bajet sikit je, komfom terjun bukit. Boleh tahan jugak la tingginya. Kalau jatuh tuh kira siap-siap je la beli apa-apa yang patut, paling tidak pun koma, kalau nasib baik sikit NOKTAH terus. Tapi yang bestnya, semua tourist-tourist tergedik nak snap gambar kitaorang. Time tu la ada yang berlakon nak jadi Takumi la. Nak jadi Mika Hakinen la.

Photobucket
Mazda 6 nih tak respek langsung..siapla lepas ni jalan 1 lane.

Kalau nak ikutkan aku dah lapanpuluhsemilan kali dah p kat kilang tu, bukan ada apa pun. Tapi memandangkan nak bawak mak bapak adik aku (anak mithali) dan dah memang event, so jalan....
Kat atas tu kitorang dapat VVIP punya parking sebab tokeh kilang tu pun join kelab (ni aku tak tau, diorang yang cakap). SO, kat sana kami jumpa manusia-manusia dari Kelantan. Meriah jugak, berbijik bijik bijik kereta gak yang datang dari Kelantan ni. Tapi tak boelh nak join aktiviti malam sebab diorang dah nak balik (Kelantan Ahad kerja).

Photobucket
Kaum Adam

Photobucket
Kaum Hawa pun nak menyelit



MALAM

Aktiviti yang di tunggu barbikiu.. Bagi sedap sikit BBQ. Memang meriah (time makan baru nampak muka). Bukan nak puji sangat la, tapi ayam dengan sate memang mantap! boleh di ketengahkan dan ketepikan. Lembut. Ayam untuk dimakan okek? bukan ayam lain. Maklum la di cameron ni kan sejuk. Ada yang salah paham nanti. Kebetulan malam tu hari jadi ZamTT aka tuan PM event ni. Aku dah nampak kek dua bijik, seriously aku ingatkan untuk makan. Rupa-rupanya.... Lu pikior le sendiri...

Photobucket
ZamTT

Kek ada dua, so orang tua-tua bangka kata tak baik membazir kan? Hah kebetulan, pucuk cita batang kayu yang datang, ada la sorang mamat ni (mizzie) dengan bijak pandai serta angkuhnya tunjuk IC dia. Bulan 8. Apa lagi, mangsa datang serah diri. Niat di hati tak mau tambah dosa pedajalkan orang, tapi nak buat macam mana, rasa bersalah je kalau kek satu lagi tak habis.
Nah, amik kau.. sebelum ni penah dengar je orang makan guna hidung. Kali ni apa perasaan anda? perasan......

Photobucket
Mizzie

Acara selingan malam tu ialah sambutan hari jadi Matmie dan ayie_phg yang kebetulan lahir pada bulan 8. Ayie ni kesian sikit dah dua kali dia kena. sampai berdendam dengan aku. Nasib la, sapa suruh ko keluar bulan 8. Lain kali tahan la sikit, keluar bulan 9 ke, bulan 13 ke. Selamat, kompom dijamin. FYI, kek ini pun ayie yang beli, kira macam sirih pulang ke gagang la. makan tuan. Setelah habis semua dibakar, lebih kurang pukul 12, tetiba semua hilang. magic!. Nampak gayanya pok amai amai belalang kupu kupu, makan ramai ramai, kemas satu satu.

Photobucket
Ayie_phg

Photobucket
Matmie

No comments:

Post a Comment