Tuesday, August 25, 2009

MyPerdanaClub (Santai Di Cameron Highland)

8 & 9 Ogos 2009 - Konvoi MyPerdanaClub menggegarkan tanah tinggi Cameron Highland dengan deruman-deruman enjin turbo dari berpuluh-puluh bijik proton perdana (tak termasuk kereta aku, standet gaban sahaja. harap maklum). Terima kasih kepada ZammTT yang menjadi PM untuk event kali ini.

Event menggabungkan perjumpaan pemilik Proton Perdana daripada beberapa negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Kelantan (balik awai, Ahad kijo) Perak (wakil ada dua bijik je..termasuk aku yang mendaki dari Tapah sebab balik amik family dulu..)

Photobucket
Kereta Encik Khairul aka Apex_png, baru cat tuu..

Event ni di organise oleh geng-geng Penang. Saja-saja post dekat forum, tup-tup dapat sambutan yang menggalakkan dari negeri-negeri lain.
Actually sehari sebelum nak berkonvoi tu, ramai yang mengkomfomkan diri untuk join. Tapi biasa la..Kansel last menet, dan ada jugak sebijik dua kereta yang dah berkumpul sekali pagi tu. Tapi terpaksa patah balik sebab kereta ada problem (kereta kuat la katakan). So, nak bagi senang cerita. Anggap je la aku pun berkonvoi dari Penang jugak. Konvoi berkumpul di RnR Juru pada pukul 8.30 pagi. Dan kononnya nak bertolak dalam pukul9. Tapi aku dah kenal dah diorang nih. Pukul 9 pagi? Huh..aku lagi terer, pukul11 lebih baru keluar dari rumah.

Photobucket


Konvoi berhenti rehat dekat RnR Sungai Perak (kalau ikut aku, shoot terus je. Biar terbako enjin-enjin tebo diorang). Janji kononnya nak sampai kat depan balai polis cameron highland pukul 1230. Tapi kali ni aku ingat aku terer. Janji pukul 1230 tapi aku sampai pukul1 . Rupanya diaorang lagi terer, sampai pukul 130 petang. Terpacak gak la aku dengan family menunggu. Nasib baik cuaca sejuk. So, kami check in dekat Autorium Park (betul ke?) lebih kurang pukul2 petang.

Photobucket
Kereta kuat. Langgar batu, batu yang pecah

ahh...otak tepu..tengok la nanti macam mana..

No comments:

Post a Comment