Wednesday, August 26, 2009

Merdeka 52 - 1 Malaysia

31 Ogos 2009 - Apa yang terjadi? Ya, cuti umum. Itu yang penting. Sebab?Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Apa yang aku buat sebagai anak merdeka? Anak Malaysia yang baik hati lagi berjiwa pertiwi? Aku beli bendera besar dan letak kat bonet kereta aku bagi nampak hensem sikit. Selang la berapa hari, HILANG! Memang baik hati la masyarakat keliling aku ni. Sah-sah kena tibai dengan mangkuk mana yang konon nak nak berlagak macam ada semangat patriotik la kononnya. Tapi main curik-curik je. Beli la weyh.. Enamhenggetsemilanpuluhsen je. Kalau nak mintak, aku boleh bagi.. Jangan la curik. Buatnya kalau aku sumpah penyamun tuh jadi kangaroo ke, ikan paus ke, macam mana nak jawab dengan mak bapak diorang? Pikir la senirik.

Photobucket
sekadar gambar hiasan

So, sebab semangat patriotik masih membara di hati yang terbakar (sebab bendera hilang), aku beli la satu lagi bendera kecik lekat kat cermin kereta. Ingatkan hati terbakar ni boleh padam, rupanya makin hangit bendera kecik melayang masa kat highway. Huh, tak payah letak bendera. Puasa hati. Full stop. Nak sambut merdeka tak semestinya nak kena lekat bendera keliling badan (macam orang tengok bola). Yang penting hati (cakap pandai) kena betul-betul menjiwai erti merdeka. Ini tidak, harap je bendera keliling. Bila tanya lagu kebangsaan negara dibantainya Aduh Saleha la, Dendang Perantau la. Belum lagi tanya rukun negara lagi, tak pasal-pasal masuk menunaikan haji pulak, Tu pun nak mengaku rakyat Malaysia? Huh! Buat yang tak ingat rukun negara tu, balik silalah bukak buku latihan anak-anak atau adik-adik kat rumah. Tengok mukasurat belakang sekali

Photobucket
Gambar selingan buat yang tak hafal rukun negara

Merdeka tahun ni aku balik ke Teluk Intan. Hajat dihati nak balik jumaat petang, tapi tiket habis. Apsal la diorang ni jual tiket sikit sangat aa?. Jadi terpaksa la balik Sabtu pagi. Sebab minggu lepas dah balik naik kereta, kalau aku balik naik kereta jugak minggu ni, duit tinggal betul-betul cukup untuk beli kain kapan je. So aku balik naik bas sambil nyanyi lagu Sudirman Tanggal 31. Merdeka tahun ni kiraturun (countdown) dekat Teluk Batik Lumut. Sudah semestinya gua gegarkan Teluk Batik dengan 4g13p Tommi Makkinen mak gua kat kampung. Selamat Hari Merdeka yang ke 52! . Terima Kasey!

No comments:

Post a Comment