Tuesday, August 25, 2009

MyPerdanaClub (Santai Di Cameron Highland ) Part3

Penyambungan semula.

8 Ogos 2009. Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju. Ooops, manusia-manusia diminta berkumpul pada pukul 9 pagi. Tapi bila dah dilahirkan terer ni, aku turun dari apartment aku pukun 930 pagi. Ingatkan aku dah lambat, tapi ramai lagi manusia yang lagi lambat. Sementara tunggu manusia-manusia yang terbabas ni bersiap-siap (ntah-ntah ada yang belum bangun tido) yang mana ada tu warm up enjin dulu, maklumla pasnih nak sambung teknik apungan (drift) kat cameron.

Photobucket
antara aktiviti orang bujang

Photobucket
main banyak..show off..tebo cacat

Setelah masing-masing keluar akar tunggu manusia-manusia tersebut turun. So, yang mana ada tu kitaorang gerak dulu. Konvoi menuju ke kawasan Teh Barat. Lepak kat sana sambil minum-minum teh tarik yang sama je macam kat tempat aku. Aku yang taktau hapa ni dengan machonya order kat awek tu teh tarik satu. Dan! dengan berlagak macam hero keluarkan duit note rm1 dua keping. Lepas tu awek tu sound aku, RM5 bang...Herkkkkkk.. macam nak tersembur balik je teh tarik tu..tau la gula sekarang ni mahal, tapi agak-agak la teh tarik sampai 5hengget. letak gula 4 kilo je kat dalam tu? Ish,patutnya datang tempat teh, teh tarik kena murah la. Ini tak, dibantainya aku. Nasib baik tak order 8. Kalau tak, nak cuci pinggan? cuci jamban yang sempit tuh? Tak sanggup aku.


Photobucket
Diorang ni tak reti eja barat

Photobucket
Hijau. Ni kalau kat Penang, maunya aku tidur dari sahur sampai berbuka


Lepas gerak dari Teh Barat, aku tak tau apa yang jadi kat konvoi sebab aku terus gerak ikut Tapah, dengan diroang nak ke ladang strawberry la, ladang epal la, ladang buah salah la (ada ke kat cameron?). So, event ni kira tamat la.
Nak aku ucapkan lapanjutaaan terima kasih kat member-member yang organise event kali ni. Event kali ni memang mantap la, kebanyakkannya bawak XYL dengan anak-anak. Aku je yang bawak mak bapak(sabar sabar). Terima Kasih banyak-banyak. Harap-harap makin banyak event. Dan makin kopak la duit gua. Sekian, terima kaseyyyyyy!


Photobucket

Photobucket
Terima kasih kat mashall yang terlibat. ni je yang jumpa lian xde dalam gambor. Im sori!


Next northern event : 5 September 2009 (Majlis Berbuka Puasa Di Laguna Club Sg Petani)
Disember 2009 (Bersantai dan kenduri di Sabah bahhhhh)



more pic :

http://s254.photobucket.com/albums/hh85/SHAHWDC35/mypc%20santai%20c%20highland/?start=0

http://s22.photobucket.com/albums/b325/nelza_ax/MyPC%20Cameron/?start=40

1 comment:

  1. semua gambar adalah dari kemere telifon sahaja. harap maklum

    ReplyDelete