Sunday, November 29, 2009

insuran~ apa pandangan anda dgn luahan ni

salam, di petik dr laman blog lain utk kita tonton...



e-mel anda: Insurans penuh beban pemilik kereta lamaAPA yang ingin saya bicarakan di sini berkait rapat dengan semua pengguna kereta persendirian berumur 10 tahun ke atas. Baru-baru ini iaitu pada akhir Oktober 2009, saya amat terkejut apabila hendak memperbaharui cukai jalan di sebuah pejabat pos. Kereta Proton Wira saya terpaksa mengambil perlindungan insurans penuh atau komprehensif bagaikan sebuah kereta baru.Kadar harga paling minimum untuk perlindungan komprehensif yang dibenarkan bagi kereta saya adalah RM10,000. Selepas ditolak NCB 55 peratus, jumlah premium insurans yang perlu dibayar menjadi RM409.25.Seandainya harga kereta itu saya naikkan lebih daripada RM10,000 maka premium insuransnya juga akan naik menjadi lebih tinggi. Mahu tidak mahu, saya terpaksa bersetuju pada harga RM10,000 sebagai nilai semasa kereta saya dan membayar premium insurans RM409.25 ditambah RM90 untuk cukai jalan setahun dan RM2 komisen pejabat pos.Bayangkan, bagi kenderaan berumur lebih 10 tahun, anda dan saya terpaksa mengeluarkan RM501.25 untuk memperbaharui cukai jalan bagi tempoh setahun. Pada tahun lalu, apabila kita memperbaharui cukai jalan, pihak kerajaan memberikan rebat tunai kira-kira RM600 berikutan kenaikan harga minyak, namun kini pemilik kenderaan tidak dibenarkan lagi mengambil perlindungan insurans pihak ketiga atau 'third party coverage'.Rata-rata pengguna kereta lama terdiri daripada orang yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru dan sudah tentu akan terasa bahangnya.Sebelum ini, kita hanya perlu mengeluarkan tidak sampai RM200 untuk memperbaharui insurans serta cukai jalan bagi tempoh setahun dan kini kita terpaksa membayar jauh lebih tinggi.Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dan mengkaji dengan teliti serta segera mengeluarkan arahan kepada syarikat insurans agar kami dibolehkan kembali mengambil perlindungan insurans pihak ketiga seperti dulu.

GUATAULULABota, Perak.


saja nak kongsi, bulan Ogos yang lepas, gua renew roadtax + insurans eterna jadian gua. Cun cun 6 bulan menganggur, berbekalkan duit poket tinggal 1.3k, gua menuju untuk hidupkan rotek, Bajet macam ada abki lagi duit tuh, tanya tanya. Amik kau, insuran + rotek setahun sama dengan 1.4k. CIRIT!, duit dalam poket ada 1.3k. Last2 renew 6 bulan. Puas hati perut.