Wednesday, September 16, 2009

MyPC @ Laguna Club Merbok

12 September - Satu lagi event anjuran MyPerdana Club cawangan Penang telah di anjurkan di Laguna Club Merbok, Sungai Petani. Event kali ni ada lebih kurang 70 orang yang datang. Menghimpunkan kira-kira 40 buah kereta. Tu pun ada yang bagi nama,tapi tak datang sebab, (bini,awek,tunang,XYL) tak bagi datang. huhuh. Sekali lagi PM untuk envent ni adalah ZamTT. Sekalung tahniah untuk event ni.

Konvoi penang berkumpul di Rnr Tikam Batu sambil menunggu konvoi dari bawah. Alkisah, macam biasa la janji berkumpul pukul 6, dan macam biasalah aku datang pukul 630. Last-last terpacak jugak tunggu sampai dekat pukul 7 baru diorang sampai.

Photobucket
konvoi dari Kedah dan Perlis

Photobucket
konvoi dari Penang

Sampai Laguna Club tu cun-cun dah azan, kira dah ada yang menunggu kat sana la. So, kitorang hero-hero ni kena berbuka dengan air dulu sebab lauk 1 batch dah habis. Sementara menunggu lauk dihidangkan tuh, sempat la kitorang beramas mesra antara ahli negeri-negeri lain yang sebelum ni dok lawan mengutuk dalam forum je. Tapi diorang ni memang best, walaupun jauh, sanggup turun semata-mata nak memeriahkan majlis ni. Respek la anda semua. Menu yang di sediakan, erm, boleh la..

MENU

Manu Utama

1. Nasi Putih
2. Nasi Hujan Panas
3. Dalca
4. Sayur Campur
5. Padprik Seafood
6. Daging Nasi Kandar
7. Sambal Udang
8. Sup Ayam Berlada
9. Ayam Masak Lemak Cili Api
10. Ikan Bakar + Air Asam
11. Sausage Bersos
12. Begedil
13. Tauhu Jepun
14. Ikan Masin / Telur Masin
15. Assorted Salad
16. Assorted Kerabu

Menu Sampingan

1. Keropok
2. Rojak Buah
3. Sandwiches
4. Jeruk Buah
5. Bihun Sup
6. Bubur Lambuk
7. Laksa
8. Bubur Jagung

Pencuci Mulut

1. Buah-buahan
2. Agar-agar
3. Puding
4. Kuih-muih
5. Sago Gula Melaka

Minuman

1. Air Cincau / Kordial Orange
2. Coffee
3. Tea


Photobucket
makan time

Photobucket


sambung selepas dapat more pic

Wednesday, September 2, 2009

Minyak Oo Minyak

1 September - Minyak naik lagi. Memang dah dengar ura-ura yang minyak nak naik bulan semilan ni. Tapi dah nama pun ura-ura, so malas la nak nak amik tau. 31 Ogos, malam tu aku dalam bas dalam atas jalan (on the way) nak balik ke rumah sewa Penang. Kereta tinggal kat sana dan aku naik bas, kes nak jimat minyak la nih. So, aku tak tau la pengumuman minyak naik ni sebab aku tak tengok berita. Masa atas higway, perasan la jugak aku yang suma stesen minyak ni ramai orang. Tapi tak la penuh sangat-sangat macam minyak nak naik RM2.70 dulu, mungkin naik sikit je kot, orang tak heran sangat.

Tapi yang panasnya, mereka-mereka ni cakap nak naikkan r0n97 je dan ron95 akan kekal dengan rega biasa. Tup-tup, diorang belasah naikkan 5sen. 5sen tuh kira banyak woooo, tambah kereta aku yang kuat sedut minyak, heran jugak mana pergi minyak aku isi banyak-banyak ntah. Nasib baik la jugak aku tak pakai E6.5 TME (Tommi Makkinen Edition) kalau tak, pening jugak nak carik ron97.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Aku sampai stesen bas Butterwoth dalam pukul1030, call member. Kerassssss.. Pukul11 baru sampai. Planning dalam bas nak perkena char koey teow Sungai Dua, last-last tutup. Lepak la kat char koey teow Permatang Pauh. Huhahuha, jam pukul 1. Aku shoot balik Kulim dengan eterna cabuk aku.