Wednesday, September 2, 2009

Minyak Oo Minyak

1 September - Minyak naik lagi. Memang dah dengar ura-ura yang minyak nak naik bulan semilan ni. Tapi dah nama pun ura-ura, so malas la nak nak amik tau. 31 Ogos, malam tu aku dalam bas dalam atas jalan (on the way) nak balik ke rumah sewa Penang. Kereta tinggal kat sana dan aku naik bas, kes nak jimat minyak la nih. So, aku tak tau la pengumuman minyak naik ni sebab aku tak tengok berita. Masa atas higway, perasan la jugak aku yang suma stesen minyak ni ramai orang. Tapi tak la penuh sangat-sangat macam minyak nak naik RM2.70 dulu, mungkin naik sikit je kot, orang tak heran sangat.

Tapi yang panasnya, mereka-mereka ni cakap nak naikkan r0n97 je dan ron95 akan kekal dengan rega biasa. Tup-tup, diorang belasah naikkan 5sen. 5sen tuh kira banyak woooo, tambah kereta aku yang kuat sedut minyak, heran jugak mana pergi minyak aku isi banyak-banyak ntah. Nasib baik la jugak aku tak pakai E6.5 TME (Tommi Makkinen Edition) kalau tak, pening jugak nak carik ron97.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Aku sampai stesen bas Butterwoth dalam pukul1030, call member. Kerassssss.. Pukul11 baru sampai. Planning dalam bas nak perkena char koey teow Sungai Dua, last-last tutup. Lepak la kat char koey teow Permatang Pauh. Huhahuha, jam pukul 1. Aku shoot balik Kulim dengan eterna cabuk aku.

No comments:

Post a Comment